Hidup aku tak selalu bahagia. Tapi aku bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk aku perbetulkan kesilapan lalu. Dan aku dapat melihat orang yang aku sayang.
Kadang hati berkata itu, tapi aku menolak.
kadang hati berkata ini, aku turut menolak.
Aku hanya mampu terus sujud
meminta petunjuk walau aku tahu aku bukan yg terbaik
mana mampu untuk aku terus hidup dengan kekuatan yg menjunam
Allah lah yg sentiasa beri aku kekuatan
kelihatan aku ketawa, senyum
tapi disebaliknya, aku hanya menahan
bersembunyi disebalik senyuman
Aku berjalan dgn teguh, yakin
tanpa memikirkan mulut manusia yg sentiasa bercakap
yang sentiasa melihat diri sendiri lebih bagus
Tolong manusia !
berpijaklah dibumi yang nyata.
Kita hanya Hamba.
yg sama tarafnya.
tiada lebih, tiada kurang.
aku berjalan tanpa menoleh belakang. tapi sembunyikan harapan yg menggunung.